Ahad, 26 Julai 2009

(TERBARU)Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan


Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum Zohor tadi. Sekali lagi saya nak ucapkan takziah kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai arwah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca-pembaca semua untuk berhenti mempersoalkan jantina Yasmin Ahmad. Sama ada Yasmin Ahmad lelaki, perempuan atau khunsa, itu hanya Dia yang tahu.

Selok-eloknya janganlah mengutuk atau mencaci orang yang telah pergi. Sama ada iklan ataupun filem arahan Yasmin Ahmad tidak menepati kehendak agama, itu tak bermakna kita ada hak untuk mencerca beliau. Tambah-tambah lagi Yasmin Ahmad sudah pun meninggal dunia. Sebaik-baiknya biarlah puji-pujian sahaja yang diberikan kepada beliau.

Kalau Michael Jackson yang tak kita tak pasti agamanya Islam atau pun tidak boleh kita puji dan sanjung, inikan pulak sememangnya seorang saudara kita dalam agama Islam. Kami pun bukanlah baik sangat. Cuma seeloknya dalam keadaan sedih begini, janganlah menambahkan lagi kekusutan dan kesedihan kaum keluarga Yasmin Ahmad.

Marilah bersama-sama kita sebagai saudara semuslim mensedekah Al-Fatihah kepada arwah Yasmin Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan