Ahad, 26 Julai 2009

Al-Fatihah Kepada Yasmin Ahmad : Hilang Satu Pengarah Tempatan Berbakat


Berita yang saya terima pagi ini amat menyedih’kan, pengarah yang pernah muncul dengan filem Sepet telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Beliau koman 3 hari selepas di’serang strok tempoh hari, dan sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.

Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, industri filem mungkin akan sunyi selama’nya. Sekali lagi, sampai’kan Al-Fatihah kepada’nya.

BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER

Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH

* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN

1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75

2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur

2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)

2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo

2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands

2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta

2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN

Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Keluarga; Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura

2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi

2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali

2005 Sepet, Festival Filem San Francisco

2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona

2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57

2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia

2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)

2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece

2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan